Friday, February 21, 2014

Beristighfarlah...

arrrgghhhh !!!!!


Perlu diingat kalau kita bersalah,kita x suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan,juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.Satu cara lagi,apabila datangnya marah sedangkan kita dalam keadaan berdiri,maka duduklah,sekiramya kita sedang duduk maka bersandarlah,insyaAllah kemarahan akan mulai reda.

Tetapi apa yang berlaku,apabila naik marah,yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri.Maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan melepaskan dendam.Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak kena pada tempatnya dan juga waktunya.Bila kemarahan timbul dan tidak dikawal oleh  akal dan fikiran sebelum ia menjalar, tidak ubahnya ia seperti api yang membakar,darah naik laksana wap memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati dan kita tidak mampu berfikir lagi.Ketika itu pertimbangan hilang,dan kita sudah tidak dapat lagi menahan apa-apa selain bertindak untuk melepaskan kemarahan dengan cara yang mungkin tidak disukai oleh ALLAH.Oleh itu,beristighfarlah sepanjang hidup, kerana itulah senjata untuk orang mukmin.  

waallahualam....

#dipetikdarisatusudut

No comments:

Post a Comment