Friday, February 21, 2014

Beristighfarlah...

arrrgghhhh !!!!!


Perlu diingat kalau kita bersalah,kita x suka orang memarahi kita. Maka begitulah orang lain yang melakukan kesilapan,juga tidak suka dimarahi. Tegurlah dengan lemah lembut dan kasih sayang.Satu cara lagi,apabila datangnya marah sedangkan kita dalam keadaan berdiri,maka duduklah,sekiramya kita sedang duduk maka bersandarlah,insyaAllah kemarahan akan mulai reda.

Tetapi apa yang berlaku,apabila naik marah,yang bersandar akan mula menetapkan duduknya dan seterusnya berdiri.Maka kemarahan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Marah ertinya gerakan nafsu diri,seketika meluap darah jantung dari suruhan syahwat untuk mempertahankan diri dan melepaskan dendam.Cuma kemarahan itu tidak boleh timbul kalau tidak kena pada tempatnya dan juga waktunya.Bila kemarahan timbul dan tidak dikawal oleh  akal dan fikiran sebelum ia menjalar, tidak ubahnya ia seperti api yang membakar,darah naik laksana wap memenuhi otak,sehingga gelap menyelubungi hati dan kita tidak mampu berfikir lagi.Ketika itu pertimbangan hilang,dan kita sudah tidak dapat lagi menahan apa-apa selain bertindak untuk melepaskan kemarahan dengan cara yang mungkin tidak disukai oleh ALLAH.Oleh itu,beristighfarlah sepanjang hidup, kerana itulah senjata untuk orang mukmin.  

waallahualam....

#dipetikdarisatusudut

Saturday, January 4, 2014

projek tanaman pokok cili

Salam..

Kalau sebelum ni aku dah share pasal resepi steambot ,kali ni meh aku kongsi pulak pasal projek pokok cili

yg aku buat sepanjang cuti semester aku 3 bulan ni.*bunyi macam projek besar jutaan ringgit 

je,padahal tanam tepi rumah je..*

Mula2 ,aku x decide pon nk tanam pokok cili,tapi bile aku pegi pasar and taw hrge market cili,teros

semangat nak tanam cili.*Mase tu dalam kepale aku cume nak buat duit je,x pikir lain dah*

So, aku pon mulalah semai biji cili aku dalam satu pasu.Aku pilih cili yg saiz dia agak besar sikit.Name 

cili tu hape pon aku tak taw,kekeke,main hantam je.

macam ni la rupe cili yg aku semai
credit

Aku ambek 2 biji cili,belah tengah dia ambek biji,pastu  tabur je biji benih tu dalam pasu.Hari-hari aku

siram air supaya biji benih cepat keluar akar.Aku rase dalam seminggu lebih je,biji benih aku dah mula

keluarkan akar dan pucuk.*woo,seronok oo tengok pokok cili tanam sendiri dah tumbuh*
pokok cili aku mula bertunas
credit

Tapi mak aku kate x boleh terus cerai-ceraikan pokok sebab akar x banyak lagi.Lepas tunggu 2 minggu

lagi,maka pokok cili aku pon bersedia utk dipindahkn kedalam cup polistrene yg aku dah isi tanah.

Cerai-ceraikan pokok ni penting sebab kita nak kurangkan persaingan antara pokok cili tu untuk dapatkan

air,cahaya and nutrien.*dulu skolah rendah kan ade belajar sains*.Bawah cup tu aku tebuk lubang sikit

biar air x bertakung bila aku siram pokok.Kalau x,boleh rosak akar pokok cili tu nanti.

pokok cili yang baru aku cerai-ceraikan
haa..ingat manusia je boleh bercerai??
Kebetulan ayah aku ade belikan tanah campuran untuk mak.So,aku pon hambek je la tanah tu untuk isi

dalam cup aku.Tanah yg ayah aku beli tu dah siap campur baja organik,so x payah aku susah2 nak beli

baja dahh..
ni la rupa tanah yg ayah aku beli
Biar la pokok tu bersemayam dalam cup polistrene selama sebulan.Tapi sepanjang tu jgn lupe siram pokok

cili tu.Pastu,jgn expose pokok kita kat cahaya matahari sgt.Takut pokok cepat layu.Bila dah layu,mati la

jawapnyer pokok tu nanti.Eh eheh..pokok yg aku tanam ni dah cukup matang untuk aku pindahkan ke

tanah rata.Ye la ,,dah sebulan lebih aku jaga pokok cili aku ni kan.

pokok ni mmg freshly baru tanam,terus aku snap gmbr.hehe
mak kate letak sabut utk prevent tnh cepat kering..
Cuti sem dah nak habis,tapi pokok baru nak membesar.Ermm,x tercapai la hasrat aku nak jual cili ni.

*nak pegang duit konon..pirahhh*Tapi ade jugak beberape pokok cili yg aku dah tanam lame.Dah

banyak kali tuai hasil cili tu,tapi x pernah jual.HAHA.Camne nak jual,hari2 aku masak mesti pakai cili.

pokok cili yg baru aku tanam nnti akn jadi begini la
credit

Ehh,nk letak jugak la gambar pokok bunga matahari yg mak aku tanam.
sekuntum je bunga dia.tapi saiz sebesar muka aku dah  :)

Nak bagitau la kan pasal pokok bunga matahari tu.Tinggi dia memang buat daku yg agak rendah ni tercabar.

Bila aku berdiri sebelah pokok ni,rase macam kerdil je.Sampai nak tengok bunga ni pon aku kene jengkit

sikit.Aku rase la pokok bunga matahari aku ni tinggi dia dah layak nak jadi model dah.170++ gitu.

Ok la,setakat ni je kot buat kali ni.

Motto aku sepanjang cuti sem  -"TANAM POKOK DAN BUAT DUIT"

Sekian.

resepi steambot simple ,mudah dan senang

Assalammualaikum..  :) semoga sihat2 je semuanya ye

Rase nak kongsi la tibe2.Actually,beberapa hari yg lepas family aku ade buat steambot kat rumah.Mak aku 

dah lame plan nk buat steambot ni tpi asyik x jdi je smpai la hari rabu lepas baru jadi betol..Akhirnya......

Punya la cari resepi kat encik google,tapi semua cam same je,so aku dgn adik aku pon sepakat kita buat 

je guna bahan2 yg kita ada kat rumah. *saje nk kongsi resepi wlpn baru 1st time try buat steambot*

BAHAN-BAHAN

-Segala macam bebola sefood ikut selera
-Sayur mayur seperti cendawan,kubis,sawi,kangkung
Pesanan penulis    :Bebola tu kat supermarket ade jual yg siap peket teros mcm kat bwh ni
credit

tapi family aku besar,so mak cadangkan kitorang pilih sendiri bebola yg kitorang nak ,then timbang dan 

bayar.Cara ni lebih menjimatkan sebenarnya.*hehe...aku ni kalau boleh semua nk jimat,lagi best kalau

x pyh keluar duit lgsg*
ni bebola yg dipilh oleh family aku,,gaya mcm nak makan sekampung je,,hehe


 BAHAN-BAHAN KUAH SUP

-Air secukupnya
-Bawang merah . bawang putih
-Halia
-Kiub ayam 2 ketul
-Garam secukup rasa

Cara masak sangat simple..
-Kisar/tumbuk bwng dan halia
-panaskan minyak dan tumis bahan
-Masukkan air secukupnya
-Masukkan kiub ayam dan garam secubit
tengah tunggu sup menggelegak


BAHAN -BAHAN KUAH TOMYAM

-Air
-Bawang merah,bawang putih
-Serai
-Daun limau purut
-Air limau/asam jawa/asam keping
-Kiub tomyam
-Garam

Cara masak sama je macam nk buat kuah sup ..
masak dulu kuah atas api,baru pindah dalam rice cooker..ni nak biar  kuah panas cepat



Oh ye..disebabkan aku x de set nk buat stembot tu,maka aku pon gunalah periuk nasi yg telah disetting ke

mode "cook".Bukan ape,mane ade org makan steambot sejuk2 kan,so,kalau buat cara camni steambot tu

nnti akan sentiase panas masa kita makan.Haaaa..camni baru syookkk    :D

steambot yg kumasak dalam rice cooker.wakaka
BAHAN-BAHAN SOS

-Cili basah blender
-sos tiram
-sos ikan
-minyak bijan
-sos cili
-Air sedikit
-tepung jagung

cara nak masak sos ni cuma satukan semua bahan dan tambah tepung jagung setelah sos menggelegak.

Done.
ni sos yg aku berjaya buat..

TAPI.....

Bagi aku la personally,sos ni x berapa nak ummpphh sebab dia pakai sos ikan

Sos ikan ni kan buat sos kite jadi agak berbau sikit,dan perlu diingatkan yg sos ikan ni dah masin

Sebelum tambah garam,baek kita rase dulu sos kita.Kalau dah cukup masin,x perlu tambah garam..

Aku prefer mkn steambot kuah sup dgn sos cili thai brand life je.Seriously sedap dan mudah nak dapat.

macam ni la rupe sos tu 
Tengok,dah siap pon steambot simple kita.Kalau makan kat kedai mesti mahal kan.Baek buat sendiri,boleh makan sampai puas.haha.